PETALING JAYA, 19 Mac: Bekas perdana menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir mengkuarantinkan diri setelah didapati berhubung rapat dengan seorang ahli parlimen yang didapati positif Covid-19.
Menurut laporan The Star, beliau sebelum ini ada bergambar bersama Dr Kelvin Yii Lee Wuen, ahli parlimen DAP Bandar Kuching yang sedang dikuarantin di Hospital Besar Sarawak.
Manakala Dr Yii pula didapati positif Covid-19 setelah berhubung rapat dengan ahli parlimen DAP Sarikei, Andrew Wong Ling Biu yang didapati positif Covid-19 pada 2 Mac.
Dalam satu wawancara eksklusif dengan Buletin Utama TV3 malam tadi, Dr Mahathir berkongsikan pengalaman beliau berkuarantin di dalam rumah.
“Saya akan mengikuti (kuarantin diri). Adalah sangat penting berdepan masalah ini, untuk berdisiplin. Kita mestilah kuarantinkan diri selama 14 hari di rumah. Sekiranya kita melaksanakan perkara itu, maka akan berkurangan kemungkinan virus itu disebarkan kepada orang lain. Jadi sekarang saya hanya berada di rumah. Saya tidak boleh keluar dan saya tidak boleh bertemu dengan orang. Saya juga tidak boleh bersalaman dan sebagainya. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, ini tidak sukar buat saya” – Dr Mahathir
Setakat 12 tengah hari tadi, Malaysia mencatat 110 kes baharu di mana 63 daripadanya adalah kes kluster perhimpunan tabligh. Keseluruhan kes kini adalah 900 kes, tertinggi di asia tenggara, dah ke 4 tertinggi di Asia selepas China, Korea Selatan dan Jepun.
Malaysia mengumumkan perintah kawalan pergerakan bagi mengawal penularan wabak covid-19 yang semakin meningkat susulan kluster himpunan tabligh. – Buletin TTKM-