Covid-19: 130 kes baharu, keseluruhan 1030 kes!

Kuala Lumpur, 20 Mac: Sebanyak 130 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini melonjak kepada 1030 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah  berkata daripada 130 kes baharu itu, sebanyak 48 kes adalah daripada kluster tabligh. Manakala kluster untuk baki 82 kes tidak dinyatakan.

Sementara itu, sebanyak 12 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 87 kes.

Manakala pesakit di bawah Unit Rawatan Rapi kini meningkat kepada 26 orang, tambahan 6 pesakit berbanding semalam.

Terdahulu, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19.

Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah.” – Dr Noor Hisham Abdullah 

 

Dengan jumlah ini, Malaysia menduduki tempat keempat di Asia tertinggi selepas China, Iran dan Korea Selatan, manakala tempat ke 17 di seluruh dunia.

corona1
Data terkini setakat 5.50 pm 20 mac 2020, ehsan WorldMeters

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.