Covid-19: Malaysia catat kemat1an ketiga.

Kuala Lumpur, 20 Mac : Malaysia mencatat kemat1an ketiga kes Covid-19 hari ini.

Menurut ketua pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah,  Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kemat1an COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang.

Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

-Dr Noor Hisham Abdullah,

Ini bermakna jumlah keseluruhan kemat1an dari kluster perhimpunan tabligh kini adalah dua kes di mana kes sebelum ini melibatkan peserta himpunan dari Johor.

Manakala kemat1an pertama dicatatkan aadalah seorang paderi di Sarawak.

Setakat jam 12 tengah hari 20 mac 2020, Malaysia mencatat keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 1030 kes, keempat tertinggi di Asia- Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version