Covid-19: Tentera dikerah ahad ini bantu polis.

Kuala Lumpur, 20 Mac : Menteri kanan (keselamatan) merangkap menteri pertahanan, Dato Ismail Sabri berkata Majlis Keselamatan Negara memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis dalam memantau dan memastikan pematuhan rakyat terahadap Perintah Kawalan Pergerakan dalam menghadapi wabak Covid-19.

“Tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini. Jadi kita yakin dengan bantuan dari pihak tentera, kawalan yang lebih lagi boleh dapat dilaksanakan dan kita berharap rakyat akan terus patuh pada arahan kerajaan.” – Dato Ismail Sabri

Sementara itu, beliau juga berkata terdapar peningkatan peratusan pematuhan rakyat terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan berbanding semalam.

“Dari laporan pihak polis,  jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan peratusan dari segi pematuhan rakyat . Saya dari pihak kerajaan ingin megucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat yang  semakin sedar tentang bahaya penyakit (Covid-19)  ini dan patuh dengan perintah kerajaan untuk berada di rumah masing-masing” – Dato Ismail Sabri

Mengenai ada segelintir rakyat yang tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan, beliau berkata buat masa ini, tindakan nasihat secara berhemah diberikan oleh pihak polis, tetapi tidak menolak kemungkinan polis akan menggunakan tindakan undang-undang sekiranya ada yang masih degil.

“Saya ingin membuat penjelasan bahawa pihak polis sebenarnya boleh menggunakan akta polis sendiri untuk mengambil tindakan yang lebih keras terhadap rakyat yang berdegil. Tetapi seperti  yang diumumkan YAB perdana menteri bahawa di dalam peringkat awal ini, kita cuma menasihat dan tindakan yang berhemah dilakukan.
Walapun pihak polis memaklumkan akhirnya berkata apabila sampai ke tahap tidak bolh berkompromi cara nasihat, maka tindakan undang-undang akan digunakan. saya amat berharap supaya tidak perlulah sampai tindakan undang-undang dilaksanakan seperti tangkapan dan sebagainya.” – – Dato Ismail Sabri

Setakat ini kes Covid-19 di Malaysia sudah mencecah 900 kes, keempat tertinggi di Asia dan paling tertinggi di Asia Tenggara.

Lebih 500 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh dan perintah kawalan pergerakan diwartakan kerajaan sejak rabu bagi mengelakkan penularan wabak tersebut menjadi lebih parah dengan memutuskan rantaian jangkitan.

Arahan tersebut akan berakhir 31 mac ini- Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.