Ringkasan Sidang Media Khas Menteri Pertahanan

Oleh : Khairul Azri

  1. Mesyuarat MKN memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis dalam memantau dan memastikan pematuhan rakyat berada di dalam rumah masing-masing.
  2. Tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini, dan kerajaan berharap rakyat akan patuh.
  3. Dari laporan pihak polis, jelas terdapat pematuhan RMO oleh rakyat, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada yang mematuhi arahan RMO.
  4. Namun masih ramai yang tidak mahu mendengar arahan pihak kerajaan dan lebih teruk tidak mahu mendengar arahan pihak polis.
  5. Ada yang gagal untuk mematuhi arahan bersurai dengan terus bermain di taman, melepak di kedai mamak dan sebagainya.
  6. Mengingatkan bahawa polis mempunyai hak kuasa dengan menggunakan Akta polis untuk mengambil tindakan yang lebih keras terhadap rakyat yang berdegil.
  7. Pelbagai berita palsu, audio dsbnya contohnya mengatakan bahawa menteri pertahanan akan mengeluarkan perintah darurat selepas mendapat persetujuan YDPA.
  8. Berita seperti Aset tentera digerakkan, polis dan tentera akan menyemburkan racun serangga adalah berita palsu yang boleh menimbulkan panik kepada rakyat. MENHAN menasihati rakyat untuk menghubungi hotline Kementerian seperti yang diumumkan semalam.
  9. Ramai yang mempersoalkan atas alasan apa dan undang-undang apa tentera dilibatkan, MENHAN menjelaskan melalui Seksyen 5 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, adalah bidang kuasa Menteri Kesihatan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tentera dan polis.
  10. Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk terus bekerja di Singapura dan kerajaan Singapura akan menyediakan tempat tinggal selama 2 minggu di sana.
  11. Pekerja Malaysia akan disaring di sana sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia, semua ini ditanggung oleh pihak Singapura.
  12. Cuti sekolah akan diteruskan sehingga 31/3, jadi kepada keluarga yang berada di kampung-kampung di luar Kuala Lumpur, teruskan tinggal di Kampung, jangan pulang ke Kuala Lumpur.
  13. Kerajaan akan menangung perbelanjaan makanan ditanggung sepenuhnya untuk semua pelajar yang tidak pulang dari kolej-kolej kediaman mereka. Diharap ibu bapa tidak perlu bimbang dengan keadaan anak-anak mereka.
  14. Warga Malaysia dari Itali(94) dan Iran(55) akan pulang Malaysia pada 22 March Dan 23 March dan akan dikuarantinkan selama 14 hari.
  15. Pihak polis akan meneruskan sekatan jalanraya dan hebahan akan terus dilaksanakan, setakat semalam 11,000 kenderaan telah diperiksa. – KSU akan mengeluarkan surat kebenaran untuk melancarkan pekerja yang melalui sekatan polis.

Menjawab soalan wartawan:

  1. 60,000 pelajar masih belajar di IPT dan kolej-kolej diseluruh Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melakukan pengiraan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan.
  2. MENHAN memberi amaran kepada sesiapa yang tahu mereka sakit tetapi tidak melaporkannya dan pihak polis akan mengambil tindakan terhadap mereka.
  3. MENHAN mengingatkan 4,000 jemaah tabligh yang masih belum menyerah diri, pihak polis telah mengenalpasti mereka dan MENHAN sekali lagi merayu kepada mereka untuk menyerah diri di klinik dan hospital dengan segera sebelum polis mengambil tindakan.
  4. Denda dan penjara di bawah Akta 342 – Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 19882 masih berkuatkuasa, maka diharapkan rakyat mematuhinya.
  5. Cuti tanpa gaji tidak dibenarkan sepanjang tempoh RMO, walaupun pekerja dipaksa menandatangani dokumen kerelaan, boleh diambil tindakan.

TAMAT.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.