Covid-19: “Sewa rumah PPR dikecualikan sebulan” – Menteri KPKT

PUTRAJAYA - 26 JUNE,2018. Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin .Photo by :Low Yen Yeing

PUTRAJAYA, 21 Mac 2020 – YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini mengumumkan pengecualian sewa untuk satu bulan kepada 9, 185 unit rumah PPR di bawah pengurusan KPKT.

Menurut beliau, tindakan tersebut diambil bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“PPR di bawah pengurusan KPKT  yang terlibat ialah PPR Sentul Murni, Rumah Transit Bukit Jalil, PPR Lembah Subang 1, PPR Lembah Subang 2, PPR Kg Hassan Hulu Selangor, PPR Ladang Siliau Port Dickson, PPR Tok Suboh, PPR Amanjaya, PPR Kota Setar, PPR Sinar Intan 3, PPR Gua Musang, PPR Kota Bahru.” – Zuraida Kamaruddin,

Selain daripada itu beliau juga menyarankan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan budi bicara masing-masing untuk memberi pengecualian sewa premis PBT kepada peniaga kecil yang terjejas pendapatan akibat terpaksa menutup perniagaan ekoran pelaksanaan PKP.


Tambah beliau lagi, PBT juga digesa untuk memastikan bahawa semua supermarket / hypermarket / kedai runcit mengamalkan penjarakan sosial, menyediakan sanitizer pada laluan masuk dan keluar serta kerap membersihkan pemegang troli dan bakul barangan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus COVID-19.

“KPKT menerusi Kerajaan Tempatan juga akan berkerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memantau dan memastikan bahawa pusat jagaan warga emas swasta mempunyai bekalan bahan keperluan yang mencukupi sepanjang tempoh PKP.
Keputusan ini dibuat untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. disamping itu rakyat diminta duduk di rumah dan jaga kesihatan diri serta keluarga sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.” – Zuraida Kamaruddin,

Terdahulu, beliau melakukan pengumuman tersebut di akaun twitternya dan setakat ini mendapat lebih 600 retweet.

Buletin TTKM mendapati rata-rata netizen menyambut baik tindakan menteri KPKT tersebut.

2

5431

Pengumuman ini dibuat ketika rakyat menghadapi kesukaran ekonomi berhubung Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung selama dua minggu dan akan berakhir 31 Mac ini- Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.