Menteri pertahanan tiada kuasa kerahkan ATM – Patriot

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Presiden Patriot, Brig Jen ( B) Datuk Mohamed Arshad Raji semalam berkata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mempunyai kuasa untuk mengerahkan tentera dan menyifatkan tindakan mobilisasi pada Ahad ini sebagai pramatang.

“Menteri pertahanan mesti faham bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan sebarang unit angkatan tentera atau membuat sebarang rujukan pada tindakan tersebut. Kuasa itu sepenuhnya adalah dibawah Ketua Perkhidmatan melalui konsensus yang dibincang dan dipersetujui oleh Majlis Ketua Perkhidmatan  yang ditentukan oleh Panglima Angkatan Tentera. ”  – Brig Jen ( B) Datuk Mohamed Arshad Raji 

Tambah Arshad lagi, kerahan tentera dilakukan dengan tergesa dan pramatang, serta berkata polis berupaya mengawal situasi.

Beliau turut mengkritik menteri pertahanan kerana terlalu menginginkan kerahan tentera tanpa mendapatkan nasihat Panglima Angkatan Tentera yang berakhir dengan dua kenyataan berbeza di mana Ismail berkata tentera akan dikerahkan manakala Panglima Angkatan Tentera berkata sebaliknya.

Angkatan Tentera Malaysia akan dikerahkan pada Ahad ini untuk membantu pihak polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, kata Ismail semalam setelah perintah itu hanya dipatuhi sekitar 60%-70% penduduk Malaysia. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.