Wanita hamil tak dedah ahli keluarga peserta tabligh, hospital ditutup 2 hari

Hospital Pantai Laguna Merbok terpaksa ditutup dua hari pada 22 Mac sehingga 23 Mac 2020 untuk tujuan nyahkuman dan fumigasi setelah satu kes Covid-19 dilaporkan di hospital tersebut.

Menurut satu kenyataan hospital, seorang wanita berumur 30 tahun tidak memberikan maklumat penuh ketika saringan dan telah dimasukkan ke wad untuk bersalin mengikut prosedur biasa.

“Walau bagaimanapun, beliau mengalami demam panas selepas melahirkan anak.  Apabila disoal lebih lanjut, didapati wanita itu tinggal bersama ahli keluarga yang pernah menghadiri perhimpunan di masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur dan didapati positif Covid-19” 

Oleh kerana hal demikian semua tempat yang dilawati pesakit dinyahkuman segera mengikut garis panduan ketat pengawalan jangkitan. Pencarian kontak juga turut dijalankan segera dan semua kakitangan yang berhubungan dengan pesakit tersebut dikenalpasti dan dikuarantinkan, serta didapati negatif Covid-19. 

Pihak hospital menggesa semua pelawat agar bertanggungjawab dan membantu dalam membendung penularan Covid-19. Ini termasuk menjaga kebersihan dan memberi butiran penuh ketika pemeriksaan kesihatan – Hospital Pantai Laguna Merbok 

Sementara itu, di laman facebook hospital tersebut,3 video operasi nyahkuman dan pembersihan ditayangkan secara langsung. – Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.