Covid-19: Yang belum disaring adalah 500, bukan 4000 – Tabligh Malaysia.

Seri Petaling, 22 Mac: Tabligh Malaysia menafikan dakwaan terdapat 4000 perserta ijtimak Masjid Seri Petaling pada 28 Feb-2 Mac yang belum disaring untuk Covid-19, sebaliknya menyatakan jumlah sebenar mereka yang belum menjalani saringan itu adalah sekitar 500 orang.

Manakala jumlah kehadiran penuh peserta ijmak tabligh di Masjid Seri Petaling pada 28 Feb-2 Mac lepas, adalah seramai 12,500 dan bukannya 16, 000. Dari jumlah itu, peserta tempatan adalah dianggarkan seramai 11,000 dan bukannya 14, 500 seperti yang dilaporkan.

Demikian adalah menurut satu kenyataan oleh Abdullah Cheong dan Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Seri Petaling.

“Pada Sabtu malam, 29 Februari 2020 yang lalu, data rasmi Masjid Seri Petaling menunjukkan bahawa jumlah peserta yang bersolat Maghrib di masjid kami, termasuk tetamu luar negara dan mereka yang mempunyai tugas-tugas khidmat ย ialah sekitar 12,500 orang.

Inilah kehadiran tertinggi ketika ijtimaโ€™ kami berlangsung.
– Kiraan sekitar 12,500 orang ini bukanlah jumlah yang baru kami dapatkan, malah ini merupakan rutin Syukbah Pendataan untuk bertahun-tahun lamanya.
– Jumlah kehadiran yang banyak disebut ialah seramai sekitar 16,000 orang. Jumlah ini bukanlah datang daripada pihak kami.”

Daripada jumlah 12,500 orang yang hadir pada Sabtu malam, sekitar 1,600 orang adalah tetamu yang datang dari luar negara dan hampir 100% daripada mereka telah kembali ke negara masing-masing. Ini bermakna jumlah kehadiran orang tempatan ialah sekitar 11,000 orang”

– Abdullah Cheong dan Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Seri Petaling.

Buletin TTKM menghubungi Maulana Ahmad Lutfi Muharam, Pensyarah Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling merangkap Ketua Bahagian Pendataan semasa ijtima’ berlangsung, mengesahkan bahawa data dari pihak mereka adalah tepat.

Beliau turut berkongsikan pengiraan jumlah kasar kapasiti dalam masjid adalah sekitar 8477 orang.

WhatsApp Image 2020-03-22 at 11.32.06 AM
Kredit Maulana Ahmad Lutfi Muharam

Mengenai sama ada perhimpunan tersebut mendapat permit pihak polis, Maulana Ahmad Lutfi Muharam berkata permit polis tidak diperlukan kerana ia adalah aktiviti berkonsepkan keagamaan.

“Pengesahan tidak perlu permit. Cuma kita berurusan dengan DBKL untuk urusan tutup jalan” – Maulana Ahmad Lutfi Muharam

Kenyataan beliau ini sejajar dengan kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani,ย  pada 15 Mac lepas.

“Penganjur perhimpunan tabligh tidak perlu memohon permit sebab ia adalah aktiviti keagamaan. Ia sama macam program tazkirah dan kenduri kahwin (tidak perlu permit). – Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

KKM sebelum ini menyeruย  4000 peserta ijtima tabligh yang belum disaring supaya berbuat demikian di klinik kesihatan daerah terdekat.

-Buletin TTKM-

Berikut merupakan kenyataan penuh ๐‘ด๐’‚๐’“๐’Œ๐’‚๐’› ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰ & ๐‘ป๐’‚๐’ƒ๐’๐’Š๐’ˆ๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚, ๐‘บ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ท๐’†๐’•๐’‚๐’๐’Š๐’๐’ˆ :

๐—๐—จ๐— ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—œ๐—๐—ง๐—œ๐— ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—› ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š (๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—™๐—˜๐—• – ๐Ÿฎ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ
๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™œ๐™ž๐™–๐™ฃ 1: ๐™…๐™ช๐™ข๐™ก๐™–๐™ ๐™ ๐™š๐™๐™–๐™™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™–๐™ ๐™จ๐™ž๐™ข๐™ช๐™ข ๐™จ๐™š๐™ข๐™–๐™จ๐™– ๐™ž๐™Ÿ๐™ฉ๐™ž๐™ข๐™–
– Jemputan ijtimaโ€™ kami baru-baru ini hanyalah untuk qudamaโ€™ atau โ€˜orang lamaโ€™ (mereka yang pernah keluar bersama jemaah dakwah selama 4 bulan) dan ulamaโ€™ yang pernah keluar bersama jemaah dakwah selama 40 hari ke atas. Maka jumlah mereka tidak mewakili jumlah semua rakan seusaha atau ahli jemaah Tabligh seluruh Malaysia.

– Kami mempunyai satu bahagian (syukbah) yang kami namakan Syukbah Pendataan ketika ijtimaโ€™ kami berlangsung. Syukbah ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan makanan dan tempat tinggal untuk semua peserta ijtimaโ€™.

– Ruang ijtimaโ€™ dan jumlah yang hadir dikira melalui data logik berdasarkan keluasan tempat ijtimaโ€™. Oleh kerana ijtimaโ€™ seumpama ini sering kami anjurkan, kami mempunyai data tetap bagi setiap ruang di dalam masjid tersebut.

o Contoh 1: Sayap kanan masjid boleh memuatkan 1,700 orang (85 orang setiap saf x 20 saf. Baki 5 saf lagi dikhaskan untuk beg peserta ijtimaโ€™).

o Contoh 2: Bahagian tetamu luar negara (lantai bermarmar) boleh memuatkan 840 orang (42 orang setiap saf x 20 saf).

– Jumlah kehadiran ijtimaโ€™ kami dikira semasa solat didirikan berdasarkan kiraan kepala dalam setiap saf, dan bukanlah berdasarkan anggaran semata-mata.

– Berikut ialah beberapa โ€˜trendโ€™ kehadiran dan jumlah peserta dalam saf yang kami dapati setiap kali ijtimaโ€™ kami berlangsung:

o Jumlah peserta yang solat dalam saf ketika waktu Maghrib lebih banyak berbanding Isyaโ€™, dan jumlah pada waktu Zohor lebih banyak berbanding Asar, kerana sebahagian besar jemaah mengamalkan solat jamaโ€™ disebabkan mereka berada dalam keadaan bersafar.

o Setiap Sabtu malam, kami menganjurkan program โ€˜malam markazโ€™ untuk penduduk Lembah Klang. Oleh itu kehadiran pada Sabtu malam ketika ijtimaโ€™ kami lebih besar daripada kehadiran pada Jumaat dan Ahad malam kerana peserta โ€˜walk-inโ€™ kebanyakannya hadir pada Sabtu malam sahaja.

o Jumlah peserta paling ramai setiap kali ijtimaโ€™ berlangsung di masjid kami ialah ketika waktu Maghrib, pada Sabtu malam.

– ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ, ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚, ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—ด๐—ต๐—ฟ๐—ถ๐—ฏ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ, ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—บ๐˜‚ ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ถ ๐˜๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€-๐˜๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ (๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ธ, ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ธ, ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ) ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿญ๐Ÿฎ,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด. ๐—œ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ถ๐—ท๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฎโ€™ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐˜‚๐—ป๐—ด.

– Kiraan sekitar 12,500 orang ini bukanlah jumlah yang baru kami dapatkan, malah ini merupakan rutin Syukbah Pendataan untuk bertahun-tahun lamanya.

– Jumlah kehadiran yang banyak disebut ialah seramai sekitar 16,000 orang. Jumlah ini bukanlah datang daripada pihak kami.

๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™œ๐™ž๐™–๐™ฃ 2: ๐™…๐™ช๐™ข๐™ก๐™–๐™ ๐™ฅ๐™š๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™ž๐™Ÿ๐™ฉ๐™ž๐™ข๐™–โ€™ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™–๐™จ๐™ž๐™ ๐™—๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐™™๐™ž๐™จ๐™–๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ

– Daripada jumlah 12,500 orang yang hadir pada Sabtu malam, sekitar 1,600 orang adalah tetamu yang datang dari luar negara dan hampir 100% daripada mereka telah kembali ke negara masing-masing. Ini bermakna jumlah kehadiran orang tempatan ialah sekitar 11,000 orang (pembundaran kepada ribu yang terhampir). Jumlah ini termasuk:

o Peserta ijtimaโ€™ yang merupakan warganegara Malaysia dan menyertai ijtimaโ€™ keseluruhannya
o Peserta ijtimaโ€™ yang โ€˜walk-inโ€™ pada Sabtu malam saja
o Mereka yang berkhidmat ketika ijtimaโ€™
o Warganegara asing yang menetap di Malaysia (Rohingya, Myanmar dan Bangladesh)

– Sejak bermulanya pengesahan kes pertama yang dikaitkan dengan ijtimaโ€™ kami di Brunei, pihak kami telah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan telah menggesa semua peserta ijtimaโ€™ untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah masing-masing, atau CPRC hotline secepatnya.

– Usaha kami bagi peringkat Malaysia berpusat di Masjid Seri Petaling, tetapi usaha di peringkat negeri-negeri seluruh Malaysia telah dibahagikan kepada 28 markaz semuanya. 28 markaz ini pula dibahagi-bahagikan kepada halaqah-halaqah kecil yang berjumlah sekitar 1,100 halaqah keseluruhannya. Setiap halaqah lazimnya mempunya 15-20 masjid dan surau di bawah naungan masing-masing.

– Antara pelajaran pertama yang diterapkan dalam diri setiap rakan seusaha apabila mereka mula berkecimpung dalam usaha dakwah dan tabligh ini ialah konsep taat kepada keputusan mesyuarat. Apabila mesyuarat kami di Masjid Seri Petaling telah memutuskan supaya semua peserta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, kami telah mengerahkan seluruh 28 markaz untuk menggerakkan kesemua halaqah masing-masing supaya setiap peserta ijtimaโ€™ tersebut mematuhi keputusan mesyuarat kami. Setiap peserta dari setiap masjid/surau direkod nama mereka oleh setiap halaqah, dan nama-nama tersebut dihimpunkan oleh markaz masing-masing sebelum disalurkan kepada Masjid Seri Petaling.

– ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜ ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ž๐— , ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿญ๐Ÿต ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ, ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿญ๐Ÿฌ,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ถ๐—ท๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฎโ€™ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐˜€๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด. ๐—œ๐—ป๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด.
– Banyak laporan yang kami terima memberitakan bahawa ramai antara peserta ijtimaโ€™ telah pun pergi ke pejabat kesihatan daerah ataupun hospital berhampiran, terutamanya pada beberapa hari pertama, tetapi apabila didapati mereka tidak menunjukkan sebarang gejala, mereka telah diminta pulang ke rumah masing-masing dah berkuarantin selama 14 hari. Namun kami khuatir butiran mereka tidak direkod sebelum mereka dihantar pulang. Apabila terdengar laporan yang mengatakan ribuan peserta ijtimaโ€™ belum lagi disaring, ramai antara mereka telah pergi berkali-kali ke pejabat kesihatan daerah atau hospital berhampiran sehingga nama mereka direkod dan butiran mereka diambil.

– Kami juga ada terdengar bahawa di kalangan warga asing yang menetap di Malaysia, ribuan orang Rohingya dikatakan telah menyertai ijtimaโ€™ tersebut. Rekod kami menunjukkan bahawa bilangan rakan seusaha Rohingya yang hadir ialah sekitar 200 orang, dan rakan seusaha Myanmar pula berjumlah 150 orang.

๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™œ๐™ž๐™–๐™ฃ 3: ๐™†๐™š๐™จ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ

– Kami bersedia dan telah pun memberi komitmen penuh untuk membantu pihak berkuasa dalam menangani isu wabak yang sedang melanda.

– Jumlah peserta ijtimaโ€™ kami berdasarkan data rasmi Syukbah Pendataan ialah sekitar 12,500 orang semuanya.

– 11,000 antara mereka adalah penduduk tempatan dan setakat 19 Mac 2020, laporan KKM menunjukkan bahawa 10,500 antara mereka telah pun disaring.

– Baki yang belum disaring berjumlah sekitar 500 orang semuanya. Laporan KKM untuk 2 hari yang lepas belum lagi dikeluarkan. Kami jangka insyaAllah bilangan yang belum disaring ini akan menurun lagi, menuju kepada 100% pematuhan arahan pihak berkuasa.

Sekian sahaja, harap maklum.

Wassalam.

๐‘จ๐’ƒ๐’…๐’–๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐‘ช๐’‰๐’†๐’๐’๐’ˆ & ๐‘จ๐’‰๐’๐’Š ๐‘ด๐’†๐’”๐’š๐’–๐’‚๐’“๐’‚๐’• ๐‘ด๐’‚๐’“๐’Œ๐’‚๐’› ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰ & ๐‘ป๐’‚๐’ƒ๐’๐’Š๐’ˆ๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚, ๐‘บ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ท๐’†๐’•๐’‚๐’๐’Š๐’๐’ˆ
26 ๐‘น๐’‚๐’‹๐’‚๐’ƒ 1441 / 21 ๐‘ด๐’‚๐’„ 2020

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.