Seri Petaling, 22 Mac: Tabligh Malaysia menafikan dakwaan terdapat 4000 perserta ijtimak Masjid Seri Petaling pada 28 Feb-2 Mac yang belum disaring untuk Covid-19, sebaliknya menyatakan jumlah sebenar mereka yang belum menjalani saringan itu adalah sekitar 500 orang.
Manakala jumlah kehadiran penuh peserta ijmak tabligh di Masjid Seri Petaling pada 28 Feb-2 Mac lepas, adalah seramai 12,500 dan bukannya 16, 000. Dari jumlah itu, peserta tempatan adalah dianggarkan seramai 11,000 dan bukannya 14, 500 seperti yang dilaporkan.
Demikian adalah menurut satu kenyataan oleh Abdullah Cheong dan Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Seri Petaling.
“Pada Sabtu malam, 29 Februari 2020 yang lalu, data rasmi Masjid Seri Petaling menunjukkan bahawa jumlah peserta yang bersolat Maghrib di masjid kami, termasuk tetamu luar negara dan mereka yang mempunyai tugas-tugas khidmat ialah sekitar 12,500 orang.
Inilah kehadiran tertinggi ketika ijtima’ kami berlangsung.
– Kiraan sekitar 12,500 orang ini bukanlah jumlah yang baru kami dapatkan, malah ini merupakan rutin Syukbah Pendataan untuk bertahun-tahun lamanya.
– Jumlah kehadiran yang banyak disebut ialah seramai sekitar 16,000 orang. Jumlah ini bukanlah datang daripada pihak kami.”Daripada jumlah 12,500 orang yang hadir pada Sabtu malam, sekitar 1,600 orang adalah tetamu yang datang dari luar negara dan hampir 100% daripada mereka telah kembali ke negara masing-masing. Ini bermakna jumlah kehadiran orang tempatan ialah sekitar 11,000 orang”
– Abdullah Cheong dan Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Seri Petaling.
Buletin TTKM menghubungi Maulana Ahmad Lutfi Muharam, Pensyarah Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling merangkap Ketua Bahagian Pendataan semasa ijtima’ berlangsung, mengesahkan bahawa data dari pihak mereka adalah tepat.
Beliau turut berkongsikan pengiraan jumlah kasar kapasiti dalam masjid adalah sekitar 8477 orang.
Mengenai sama ada perhimpunan tersebut mendapat permit pihak polis, Maulana Ahmad Lutfi Muharam berkata permit polis tidak diperlukan kerana ia adalah aktiviti berkonsepkan keagamaan.
“Pengesahan tidak perlu permit. Cuma kita berurusan dengan DBKL untuk urusan tutup jalan” – Maulana Ahmad Lutfi Muharam
Kenyataan beliau ini sejajar dengan kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, pada 15 Mac lepas.
“Penganjur perhimpunan tabligh tidak perlu memohon permit sebab ia adalah aktiviti keagamaan. Ia sama macam program tazkirah dan kenduri kahwin (tidak perlu permit). – Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani
KKM sebelum ini menyeru 4000 peserta ijtima tabligh yang belum disaring supaya berbuat demikian di klinik kesihatan daerah terdekat.
-Buletin TTKM-
Berikut merupakan kenyataan penuh 𝑴𝒂𝒓𝒌𝒂𝒛 𝑫𝒂𝒌𝒘𝒂𝒉 & 𝑻𝒂𝒃𝒍𝒊𝒈𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂, 𝑺𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒕𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 :
𝗝𝗨𝗠𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗜𝗝𝗧𝗜𝗠𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗕𝗟𝗜𝗚𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 (𝟮𝟴 𝗙𝗘𝗕 – 𝟮 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟬
𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 1: 𝙅𝙪𝙢𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙝𝙖𝙙𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙠𝙨𝙞𝙢𝙪𝙢 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙞𝙟𝙩𝙞𝙢𝙖
– Jemputan ijtima’ kami baru-baru ini hanyalah untuk qudama’ atau ‘orang lama’ (mereka yang pernah keluar bersama jemaah dakwah selama 4 bulan) dan ulama’ yang pernah keluar bersama jemaah dakwah selama 40 hari ke atas. Maka jumlah mereka tidak mewakili jumlah semua rakan seusaha atau ahli jemaah Tabligh seluruh Malaysia.– Kami mempunyai satu bahagian (syukbah) yang kami namakan Syukbah Pendataan ketika ijtima’ kami berlangsung. Syukbah ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan makanan dan tempat tinggal untuk semua peserta ijtima’.
– Ruang ijtima’ dan jumlah yang hadir dikira melalui data logik berdasarkan keluasan tempat ijtima’. Oleh kerana ijtima’ seumpama ini sering kami anjurkan, kami mempunyai data tetap bagi setiap ruang di dalam masjid tersebut.
o Contoh 1: Sayap kanan masjid boleh memuatkan 1,700 orang (85 orang setiap saf x 20 saf. Baki 5 saf lagi dikhaskan untuk beg peserta ijtima’).
o Contoh 2: Bahagian tetamu luar negara (lantai bermarmar) boleh memuatkan 840 orang (42 orang setiap saf x 20 saf).
– Jumlah kehadiran ijtima’ kami dikira semasa solat didirikan berdasarkan kiraan kepala dalam setiap saf, dan bukanlah berdasarkan anggaran semata-mata.
– Berikut ialah beberapa ‘trend’ kehadiran dan jumlah peserta dalam saf yang kami dapati setiap kali ijtima’ kami berlangsung:
o Jumlah peserta yang solat dalam saf ketika waktu Maghrib lebih banyak berbanding Isya’, dan jumlah pada waktu Zohor lebih banyak berbanding Asar, kerana sebahagian besar jemaah mengamalkan solat jama’ disebabkan mereka berada dalam keadaan bersafar.
o Setiap Sabtu malam, kami menganjurkan program ‘malam markaz’ untuk penduduk Lembah Klang. Oleh itu kehadiran pada Sabtu malam ketika ijtima’ kami lebih besar daripada kehadiran pada Jumaat dan Ahad malam kerana peserta ‘walk-in’ kebanyakannya hadir pada Sabtu malam sahaja.
o Jumlah peserta paling ramai setiap kali ijtima’ berlangsung di masjid kami ialah ketika waktu Maghrib, pada Sabtu malam.
– 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝟮𝟵 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗹𝘂, 𝗱𝗮𝘁𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗴𝗵𝗿𝗶𝗯 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗸𝗮𝗺𝗶, 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗺𝘂 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀-𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 (𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝘁𝗿𝗮𝗳𝗶𝗸, 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸, 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗿𝗸𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮) 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝟭𝟮,𝟱𝟬𝟬 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. 𝗜𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗶𝗷𝘁𝗶𝗺𝗮’ 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴.
– Kiraan sekitar 12,500 orang ini bukanlah jumlah yang baru kami dapatkan, malah ini merupakan rutin Syukbah Pendataan untuk bertahun-tahun lamanya.
– Jumlah kehadiran yang banyak disebut ialah seramai sekitar 16,000 orang. Jumlah ini bukanlah datang daripada pihak kami.
𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 2: 𝙅𝙪𝙢𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖 𝙞𝙟𝙩𝙞𝙢𝙖’ 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙙𝙞𝙨𝙖𝙧𝙞𝙣𝙜
– Daripada jumlah 12,500 orang yang hadir pada Sabtu malam, sekitar 1,600 orang adalah tetamu yang datang dari luar negara dan hampir 100% daripada mereka telah kembali ke negara masing-masing. Ini bermakna jumlah kehadiran orang tempatan ialah sekitar 11,000 orang (pembundaran kepada ribu yang terhampir). Jumlah ini termasuk:
o Peserta ijtima’ yang merupakan warganegara Malaysia dan menyertai ijtima’ keseluruhannya
o Peserta ijtima’ yang ‘walk-in’ pada Sabtu malam saja
o Mereka yang berkhidmat ketika ijtima’
o Warganegara asing yang menetap di Malaysia (Rohingya, Myanmar dan Bangladesh)– Sejak bermulanya pengesahan kes pertama yang dikaitkan dengan ijtima’ kami di Brunei, pihak kami telah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan telah menggesa semua peserta ijtima’ untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah masing-masing, atau CPRC hotline secepatnya.
– Usaha kami bagi peringkat Malaysia berpusat di Masjid Seri Petaling, tetapi usaha di peringkat negeri-negeri seluruh Malaysia telah dibahagikan kepada 28 markaz semuanya. 28 markaz ini pula dibahagi-bahagikan kepada halaqah-halaqah kecil yang berjumlah sekitar 1,100 halaqah keseluruhannya. Setiap halaqah lazimnya mempunya 15-20 masjid dan surau di bawah naungan masing-masing.
– Antara pelajaran pertama yang diterapkan dalam diri setiap rakan seusaha apabila mereka mula berkecimpung dalam usaha dakwah dan tabligh ini ialah konsep taat kepada keputusan mesyuarat. Apabila mesyuarat kami di Masjid Seri Petaling telah memutuskan supaya semua peserta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, kami telah mengerahkan seluruh 28 markaz untuk menggerakkan kesemua halaqah masing-masing supaya setiap peserta ijtima’ tersebut mematuhi keputusan mesyuarat kami. Setiap peserta dari setiap masjid/surau direkod nama mereka oleh setiap halaqah, dan nama-nama tersebut dihimpunkan oleh markaz masing-masing sebelum disalurkan kepada Masjid Seri Petaling.
– 𝗠𝗲𝗻𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗞𝗠, 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝟭𝟵 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟬, 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝟭𝟬,𝟱𝟬𝟬 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗶𝗷𝘁𝗶𝗺𝗮’ 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴. 𝗜𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝟱𝟬𝟬 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴.
– Banyak laporan yang kami terima memberitakan bahawa ramai antara peserta ijtima’ telah pun pergi ke pejabat kesihatan daerah ataupun hospital berhampiran, terutamanya pada beberapa hari pertama, tetapi apabila didapati mereka tidak menunjukkan sebarang gejala, mereka telah diminta pulang ke rumah masing-masing dah berkuarantin selama 14 hari. Namun kami khuatir butiran mereka tidak direkod sebelum mereka dihantar pulang. Apabila terdengar laporan yang mengatakan ribuan peserta ijtima’ belum lagi disaring, ramai antara mereka telah pergi berkali-kali ke pejabat kesihatan daerah atau hospital berhampiran sehingga nama mereka direkod dan butiran mereka diambil.– Kami juga ada terdengar bahawa di kalangan warga asing yang menetap di Malaysia, ribuan orang Rohingya dikatakan telah menyertai ijtima’ tersebut. Rekod kami menunjukkan bahawa bilangan rakan seusaha Rohingya yang hadir ialah sekitar 200 orang, dan rakan seusaha Myanmar pula berjumlah 150 orang.
𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 3: 𝙆𝙚𝙨𝙞𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣
– Kami bersedia dan telah pun memberi komitmen penuh untuk membantu pihak berkuasa dalam menangani isu wabak yang sedang melanda.
– Jumlah peserta ijtima’ kami berdasarkan data rasmi Syukbah Pendataan ialah sekitar 12,500 orang semuanya.
– 11,000 antara mereka adalah penduduk tempatan dan setakat 19 Mac 2020, laporan KKM menunjukkan bahawa 10,500 antara mereka telah pun disaring.
– Baki yang belum disaring berjumlah sekitar 500 orang semuanya. Laporan KKM untuk 2 hari yang lepas belum lagi dikeluarkan. Kami jangka insyaAllah bilangan yang belum disaring ini akan menurun lagi, menuju kepada 100% pematuhan arahan pihak berkuasa.
Sekian sahaja, harap maklum.
Wassalam.
𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑪𝒉𝒆𝒐𝒏𝒈 & 𝑨𝒉𝒍𝒊 𝑴𝒆𝒔𝒚𝒖𝒂𝒓𝒂𝒕 𝑴𝒂𝒓𝒌𝒂𝒛 𝑫𝒂𝒌𝒘𝒂𝒉 & 𝑻𝒂𝒃𝒍𝒊𝒈𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂, 𝑺𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒕𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈
26 𝑹𝒂𝒋𝒂𝒃 1441 / 21 𝑴𝒂𝒄 2020