Doktor KKM meninggal dunia Covid-19, jumlah keseluruhan kemat1an kini 9.

Kuala Lumpur, 22 Mac: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan  pertambahan satu lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19, seorang doktor perubatan KKM.

Dengan ini menjadikan jumlah kumulatif kes kemat1an COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan kes.

“Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kemat1an pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM.

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.” – Dr Noor Hisham Abdullah

Walau bagaimanapun, beliau berkata kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19.

“Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara. 
Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ”

Dr Noor Hisham Abdullah

Setakat semalam, kes positif Covid-19 di seluruh Malaysia adalah sebanyak 1183 kes. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.