Jumlah kes positif kini 1306 kes, 10 kes kemat1an.

Kuala Lumpur, 22 Mac: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan kes kematian kesepuluh, tidak sampai beberapa jam kematian ke 9 diumumkan, dan ia melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun.

Korban terbaru itu merupakan pesakit kes ke-259 dan mempunyai kaitan dengan kluster tabligh.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8 Mac 2020.

“Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05petang, 22 Mac 2020,” 

– Dr Noor Hisham Abdullah

Sementara itu, sehingga 22 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 123 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,306 kes.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 123 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 74 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.

Sehingga kini, seramai 46 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 22 memerlukan bantuan pernafasan.

22 Mac 2020 taburan kes

Berikit merupakan jadual BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES
PERLIS 9
KEDAH 52
PULAU PINANG 58
PERAK 66
SELANGOR 309
NEGERI SEMBILAN 78
MELAKA 23
JOHOR 145
PAHANG 40
TERENGGANU 32
KELANTAN 63
SABAH 158
SARAWAK 76
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 183
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 9
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 5
JUMLAH KESELURUHAN 1,306

-Buletin TTKM-

 _________________________________________________________________________________________

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.