Rakaman audio : Hospital Tuanku Fauziah buat laporan polis

Kangar 22 Mac: Pihak pengurusan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis telah membuat laporan polis berkenaan dengan kes tular rakaman suara mengenai seorang warga kerja HTF positif COVID-19 baru-baru ini.

Salinan laporan polis tersebut turut dipaparkan di laman facebook hospital tersebut.

91158297_3277593518937240_794357628779102208_o (1)

“Pengurusan HTF menasihatkan kepada semua pihak iaitu orang awam, warga kerja kesihatan dan admin yang mengendalikan page media sosial supaya tidak menyebarkan maklumat peribadi pesakit dan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan melalui page masing-masing.

Semua pihak juga adalah dinasihatkan tidak membuat spekulasi bagi sebarang info yang tidak rasmi dan sahih kepada mana-mana medium media sosial seperti Facebook, group Whatsapp bagi sebarang sebaran secara audio, tulisan, gambar, video dan lain- lain yang menimbulkan spekulasi atau panik.

Pihak pengurusan Hospital Tuanku Fauziah menyarankan kepada semua pihak memberi kerjasama dan sokongan dengan mengetahui perkara yang tepat dan betul hanya melalui portal dan medium rasmi media sosial milik Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semua warga kerja Hospital adalah tertakluk kepada panduan Tata Etika Penggunaan Media Sosial oleh Warga Kerja KKM.”

-Pengurusan Hospital Tuanku Fauziah

Rakaman audio tersebut yang tersebar di whatsapp sejak beberapa hari yang lalu berkenaan seorang pesakit covid-19,  membuat beberapa dakwaan serius antaranya adalah  pesakit tersebut tidak mahu ke wad kuarantin dan tidak memberitahu sejarah perjalanan ke negara luar. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.