Covid-19: 212 kes baharu, 1518 total, 14 kemat1an.

Putrajaya, 23 Mac:  Kes positif covid-19 di Malaysia hari ini menyaksikan peningkatan paling tinggi dalam sehari iaitu sebanyak 212 kes.

Ini menjadikan kes keseluruhan di Malaysia 1,518 kes setakat 23 Mac 2020, kata Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

“Daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dlm siasatan. 57 dalam ICU termasuk 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.” – Dr Noor Hisham Abdullah
Sementara itu, kemat1an juga meningkat dengan tiga lagi kes menjadikan keseluruhan kes kemat1an covid-19 di Malaysia  kepada 14 kes.
Kes kemat1an ke-12 :
  • kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia.
  • Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang.
  • Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.
Kes kemat1an ke-13 :
  • kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia.
  • Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak.
  • Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.
Kes kemat1an ke-14 :
  • kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia.
  • Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri.
  • Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

ETyRaOLUUAE832x

Berikut merupakan taburan kes #COVIDー19 di Malaysia mengikut negeri setakat 23 Mac 2020. Empat negeri mencata kes tertinggi adalah Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor. – Buletin TTKM- 
ETyRlf3UEAASlJm
 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.