Pengerusi surau, berumur 70 tahun korban terbaru Covid-19

Kuala Lumpur, 23 Mac: Malaysia mencatat satu lagi kemat1an akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11 orang.

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, kes terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 70 tahun yang menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz HCTM di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020 dan kiga meripakan pengerusi surau di kawasan rumahnya.

“Kes kematian kesebelas ini (kes ke-1070) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.” – Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

 

Setakat petang semalam, sebanyak 1,306 kes positif Covid-19 direkodkan oleh KKM. Sebanyak 22 daripada pesakit kini ditempatkan di ICU dan diberikan alat bantuan pernafasan. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.