
Putrajaya, 24 Mac: Malaysia mencatat 106 kes baru Covid-19 menjadikan 1,624 kes keseluruhan. Daripada 106 kes baru itu itu, 43 dari kluster tabligh selebihnya iaitu 63 lain-lain kluster yang masih dalam siasatan.
Manakala pesakit dalam ICU meningkat kepada 64 pesakit termasuk 24 memerlukan yang bantuan pernafasan.
Sementara itu, jumlah kemat1an di Malaysia akibat #COVIDー19 setakat ini ialah 15. Daripada 15 kematian itu, 10 kematian atau 67% adalah kluster tabligh manakala selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan berkata demikan dalam satu sidang media di Putrajaya sebentar tadi. -Buletin TTKM-
Leave a Reply