Covid-19: “Jangan salahkan jemaah tabligh” – Ketua Pengarah Kesihatan

PUTRAJAYA24 Mac  – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang awam supaya tidak menyalahkan jemaah tabligh dalam peningkatan kes Covid-19di negara ini.

Beliau turut menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mendiskriminasikan golongan tersebut.

“Janganlah kita persalahkan jemaah tabligh. Janganlah kita diskriminasikan jemaah tabligh. Janganlah kita stigmakan jemaah tabligh.

“Apa yang penting adalah kita bantu mengesan dan merawat jangkitan Covid-19 di kalangan jemaah tabligh, keluarga dan kontak mereka,”  – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah 

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu, menurutnya, kesemua jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling baru-baru ini boleh mula membuat saringan Covid-19 esok.

“Ini termasuklah mereka yang tidak bergejala perlu melakukan ujian saringan,” katanya.

Menurutnya, arahan dikeluarkan kepada jabatan kesihatan negeri dan pejabat kesihatan daerah bagi tujuan itu.

“Mereka sudah dimaklumkan mengenai hal ini. Insya-ALLAH esok boleh datang buat saringan,” katanya.

Berdasarkan statistik, sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kes adalah kluster tabligh.

Seramai 8,954 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling telah disaring Kementerian Kesihatan Malaysia. Daripada jumlah itu, 986 atau 11% didapati positif  manakala 5,245 didapati negatif  dan keputusa bagi 2,704 masih ditunggu

Sementara itu, jumlah kematian di Malaysia akibat #COVIDー19 setakat ini ialah 15 kes. Daripada 15 kematian itu, 10 kematian atau 67% adalah kluster tabligh manakala selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.. – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version