Covid-19 : Satu lagi kemat1an, keseluruhan kini 15.

Oleh : Dr Noor Hisham Abdullah

Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kemat1an baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

Kes kemat1an ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling). Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.