Lagi satu mangsa covid-19 meninggal dunia. Keseluruhan kemat1an kini 16 kes.

Oleh : Dr Noor Hisham Abdullah

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kemat1an berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kemat1an COVID-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.

Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020.

Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.