Mangsa Covid-19 naiki tren, KTMB gesa penumpang ETS 9173 buat saringan

KUALA LUMPUR 24 Mac – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyeru semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika terdapat gejala berkaitan koronavirus (Covid-19).

Bernama memetik Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarulzaman Zainal sebagai berkata, ini kerana salah seorang mangsa wabak itu telah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas.

“Warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu merupakan mangsa ke-11 yang diumumkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, kelmarin,” – Datuk Kamarulzaman Zainal

Kamarulzaman berkata, pihaknya telah menghentikan serta-merta perkhidmatan tren terbabit dan kerja-kerja disinfeksi sepenuhnya telah dilakukan ke atas tren tersebut serta semua tren ETS lain bagi keselamatan para penumpang dan kakitangan.

“Semua petugas syarikat yang berada di dalam tren serta stesen-stesen terlibat juga telah diarahkan untuk membuat ujian saringan kesihatan,” – Datuk Kamarulzaman Zainal

Malaysia mencatat 106 kes baru  Covid-19 hariini  menjadikan 1,624 kes keseluruhan manakal  jumlah kemat1an di Malaysia akibat #COVIDー19 setakat ini ialah 15. 

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.