KUALA LUMPUR 24 Mac – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyeru semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika terdapat gejala berkaitan koronavirus (Covid-19).
Bernama memetik Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarulzaman Zainal sebagai berkata, ini kerana salah seorang mangsa wabak itu telah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas.
“Warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu merupakan mangsa ke-11 yang diumumkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, kelmarin,” – Datuk Kamarulzaman Zainal
Kamarulzaman berkata, pihaknya telah menghentikan serta-merta perkhidmatan tren terbabit dan kerja-kerja disinfeksi sepenuhnya telah dilakukan ke atas tren tersebut serta semua tren ETS lain bagi keselamatan para penumpang dan kakitangan.
“Semua petugas syarikat yang berada di dalam tren serta stesen-stesen terlibat juga telah diarahkan untuk membuat ujian saringan kesihatan,” – Datuk Kamarulzaman Zainal
Malaysia mencatat 106 kes baru Covid-19 hariini menjadikan 1,624 kes keseluruhan manakal jumlah kemat1an di Malaysia akibat #COVIDー19 setakat ini ialah 15.
-Buletin TTKM-