37 staff Hospital Teluk Intan positif Covid-19, wad kecemasan dan pemerhatian ditutup

Putrajaya. 25 Mac: JABATAN Kecemasan dan wad pemerhatian Hospital Teluk Intan (HTI), Perak ditutup sementara untuk proses pembersihan dan penyahkuman selepas 37 petugas kesihatan di hospital itu positif koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat sementara waktu, Jabatan Kecemasan hospital itu beroperasi di bangunan Unit Pesakit Luar.

Wad hanya akan dibuka semula selepas pembersihan dijalankan dan pihaknya akan menyelaras doktor serta jururawat daripada hospital lain untuk membantu HTI.

“Selain HTI, empat hospital dikenal pasti kadar jangkitan tinggi membabitkan petugas kesihatan adalah Hospital Putrajaya; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Selayang,” – Dr Noor Hisham Abdullah

Beliau berkata demikian  pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Setakat hari ini,  terdapat 172 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,796 kes. -Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.