2 bulan gaji jemaah menteri dipotong untuk tabung Covid-19.

Foto Bernama.

Putrajaya, 26 Mac: Pejabat Perdana menteri mengumumkan gaji jemaah menteri untuk dua bulan akan dipotong untuk disalurkan kepada tabung Covid-19.

“Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac 2020 telah memutuskan agar 2 bulan gaji YAB Perdana menteri, menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke tabung Covid-19” -PMO

Tambah perdana menteri, langkah tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu. Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM 8, 493, 103.48.” -PMO

Kenyataan mengenai pengumuman ini dimuat naik di laman facebook Tan Sri Muhyidin Yasin sebentar tadi. – Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: