Covid-19: 235 kes baru, total 2031 kes, empat korban baru, total 23 kemat1an.

PUTRAJAYA: Sebanyak 235 kes baru #COVID19 hari ini, tertinggi dalam sehari , menjadikan keseluruhan kes melepasi angka 2000, iaitu pada  2,031 setakat 12pm, 26 Mac .

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, 60 daripada kes baru itu dari kluster perhimpunan di Seri Petaling, manakala selebihnya dalam siasatan..

Sementara itu, 45 pesakit sedang dirawat di ICU  dimana 32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Keskemat1an meningkat.

Sementara itu, terdapat empat kes kemat1an terbaru berkaitan COVID-19 yang dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini.

Kesemua mereka ialah peserta perhimpunan di Masjid Seri Petaling, pada 27 Februari lalu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 23 kes.

“Ini menjadikan kes kematian di negara ini adalah sebanyak 1.1 peratus berbanding kematian di dunia sebanyak 4.5 peratus,” 

EUBp88lUEAEK8Rh

 

Terdahulu, Dr Noor Hisham pagi tadi berkata terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.

“Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan.”

Menurut jadual yang dikongsikan beliau, Hospital Teluk Intan mencatat pesakit di kalangan kakitangan KKM paling tinggi iaitu dengan 39 pesakit ini diikuti dengan Hospital Selayang dengan 5 pesakit. – Buletin TTKM.

90416224_2782686571850777_1012656157711400960_n

Kes mengikut negara :

world

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.