Seorang lelaki di Rwanda mengingkari perintah duduk di rumah berhubung wabak Convid-19 dengan pergi memancing, tetapi didapati mat1 dibaham buaya.
BBC melaporkan datuk Bandar di daerah selatan Kamonyi, Cik Kayitesi sebagai berkata kejadian pada pagi rabu itu berlaku di sungai Nyabarongo.
“Beliau telah melanggar peraturan duduk-rumah, beliau adalah antara beberapa orang di sini yang tidak bekerjasama dengan perintah lockdown untuk menyekat virus (covid-19)” – Cik Kayitesi
Pihak berkuasa Rwanda telah menguatkuasakan perintah lockdown pada Ahad berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat.
Negara timur afrika itu setakat ini telah mengesahkan 40 kes, paling tinggi di rantau tersebut.
Pada perkembangan lain, pada hari Isnin laman web berita tempatan melaporkan polis telah menemb@k mat1 dua lelaki di daerah selatan Nyana selepas perbalahan mengenai perintah lockdown. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak mengesahkan insiden tersebut. -Buletin TTKM-