Bagaimana kerajaan peroleh dana RM250 bilion? – Patriot

PERSATUAN Patriot Kebangsaan (Patriot) mempersoalkan bagaimana kerajaan memperoleh sumber dana ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion

Presidennya, Briged Jeneral Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, apabila pakej Prihatin itu diumumkan oleh Perdana Menteri, dilihat ramai ahli politik dan ekonomi memuji tindakan tersebut. lapor Suara Merdeka.

Bagaimanapun, menurut Mohamed Arshad, mereka lupa untuk bertanya soalan yang paling penting iaitu daripada mana sumber dana itu datang.

“Contohnya, adakah sumber dana itu melalui pinjaman asing, menaikkan cukai, atau pun menjual aset negara?

“Bagaimana dana tersebut akan disalurkan dan adakah ia (dana) itu akan melalui agensi-agensi yang berkaitan dengan politik?

“Apakah pengawasan yang akan dilakukan dalam memastikan dana tidak disalahgunakan? Ketika kerajaan mengumumukan pakej berkenaan, mereka tidak memberikan jawapan segera, sebaliknya memperlihatkan atmosfera ‘rasa baik, rasa bagus’,”  – Datuk Mohamed Arshad Raji 

Dalam pada itu, menurut Mohamed Arshad lagi, pihaknya bimbang sekiranya pelaksanaan penyaluran dana tersebut tidak dilakukan dengan baik.

“Jumlah yang besar kemungkinan menjurus kepada kebocoran ekonomi besar. Tidak dinafikan bahawa pakej rangsangan ekonomi diperlukan ketika kemelesetan ekonomi, lebih-lebih lagi disebabkan penularan wabak Covid-19.

“Tetapi, sumber dana itu mestilah dirancang dan diumumkan secara jelas. Ia tidak boleh menyebabkan terlalu banyak beban kepada rakyat dan di negara pada masa hadapan,” – Datuk Mohamed Arshad Raji 

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan pakej rangsangan terbesar dalam sejarah iaitu berjumlah RM250 bilion dalam berdepan dengan wabak Covid-19.  RM10 billion dari jumlah itu merupakan pembayaran tunai secara one-off kepada rakyat setinggi RM1600 untuk satu isi rumah di bawah pendapatan rm4000 sebulan.

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.