July 24, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Covid-19: 7 kemat1an dan 150 kes baharu. Kumulatif kes : 2470.

Putrajaya, 29 Mac:  Kes positif covid-19 di Malaysia hari ini menyaksikan peningkatan sebanyak 150 kes.

Ini menjadikan kes keseluruhan di Malaysia 2,470  kes setakat 29 Mac 2020, kata Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

Manakala seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 52 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes kemat1an paling tinggi dalam sehari dicatatkan hari ini dengan 7 kes
menjadikan keseluruhan kes kemat1an covid-19 di Malaysia  kepada 34 kes.
  • Kes kematian ke-28 (kes ke-2321) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 26 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 8.48 pagi.
  • Kes kematian ke-29 (kes ke-2123) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.15 malam.
  • Kes kematian ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di PPUM. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33 malam.
  • Kes kematian ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.
  • Kes kematian ke-32 (kes ke-1239) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Beliau dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.
  • Kes kematian ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 11.25 malam.
  • Kes kematian ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 10.40 pagi.

“Daripada 34 kes-kes kematian berkaitan COVID-19 yang direkod setakat ini, didapati 55.6 peratus adalah berumur 60 tahun dan ke atas, manakala 67.6 peratus menghidap penyakit kronik misalnya; diabetes, hipertensi, penyakit buah pinggang dan penyakit jantung.

Mereka lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang lebih serius; iaitu mengalami gejala dan komplikasi yang teruk. Oleh itu, adalah penting bagi mereka dan ahli keluarga mereka mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak dijangkiti COVID-19. Pastikan bekalan ubat pesakit adalah mencukupi dan tidak terputus. Perkhidmatan kesihatan masih lagi diteruskan di semua fasiliti kesihatan KKM khususnya bagi temujanji rawatan susulan dan mendapatkan bekalan ubat-ubatan.”

Dr Noor Hisham Abdullah

Berikut merupakan taburan kes #COVIDー19 di Malaysia mengikut negeri setakat 29 Mac 2020. Empat negeri mencatat kes tertinggi adalah Selangor (612), Kuala Lumpur (372) , Johor (309) dan Sabah (197) . – Buletin TTKM- 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI  BILANGAN KES BAHARU BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 10
KEDAH 1 75
PULAU PINANG 1 87
PERAK 11 176
SELANGOR 33 612
NEGERI SEMBILAN 9 162
MELAKA 1 43
JOHOR 24 309
PAHANG 12 96
TERENGGANU 2 47
KELANTAN 15 123
SABAH 0 197
SARAWAK 11 129
W.P. KUALA LUMPUR 28 372
W.P. PUTRAJAYA 2 22
W.P. LABUAN 0 10
JUMLAH KESELURUHAN 150 2,470
 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: