June 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

RM250k bukan wang PPBM, Syed Saddiq desak TV3 mohon maaf

Kenyataan akhbar Syed Saddiq

Tuntutan Permohonan Maaf Dan Menarik Semula Kenyataan Bertajuk “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq”

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan/Puan

Merujuk kepada siaran media yang dikeluarkan oleh pihak TV3 bertarikh 30 Mac 2020, saya ingin menegaskan bahawa terdapat kesalahan fakta yang serius pada tajuk berita tersebut. Tajuk berita itu adalah “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq” dan dikepilkan sekali dengan gambar saya bersama petikan “Laporan polis telah dibuat. Saya serahkan kepada polis untuk melakukan siasatan”.

kayo
Tangkap layar laporan Buletin TV3.

Saya ingin menegaskan bahawa petikan itu adalah benar namun saya tidak pernah menyatakan bahawa siasatan ini adalah berkenaan wang milik PPBM. Malah, di dalam laporan polis yang telah saya lakukan pada 29 Mac 2020, saya tidak pernah sesekali menyatakan bahawa wang tersebut adalah milik PPBM.

91630680_2820426384703036_6752947972507435008_n (1)
Laporan polis, kredit Syed Saddiq

Maka, apabila pihak TV3 menyiarkan tajuk berita sebagai “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq”, ia telah mendatangkan akibat yang serius kepada kredibiliti saya sebagai pemimpin ARMADA dan BERSATU, menjatuhkan imej saya dan mendatangkan fitnah oleh pihak ketiga.

Justeru, saya ingin meminta agar pihak TV3 supaya melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap tindakan menyiarkan tajuk berita yang salah dan menarik semula kenyataan “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq” dengan kadar yang segera pada hari yang sama tajuk ini disiarkan (30 Mac 2020).

Saya memohon kerjasama dari pihak TV3 dan berharap perkara ini tidak dilanjutkan ke peringkat undang-undang bagi menjaga kredibiliti saya sebagai pemimpin ARMADA dan BERSATU. Semoga pihak TV3 terus menjadi sumber berita yang sahih kepada rakyat Malaysia.

-Syed Saddiq-

(Ahli Parlimen Muar)

21

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: