(video) RM250k Hilang Dari Peti Besi di rumah Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq kehilangan wang tunai lebih RM200,000 yang disimpan dalam peti besi simpanan di kediamannya dekat Petaling Jaya di sini.

Buletin TV3 melaporkan  wang tersebut yang didakwa milik parti PPBM disedari hilang  oleh Ahli ParlimenMuar itu  kira-kira jam 7 malam ketika memeriksa peti besi simpanan di tingkat atas kediamannya.

Difahamkan, kata laluan peti besi itu hanya diketahui oleh Syed Saddiq seorang.

Ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal ketika mengesahkan perkata tersebut berkata pihaknya telah menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan  kseorang wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah di kediaman mangsa telah ditahan semalam berhubung kes tersebut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

Syed Saddiq ketika ini sedang mempertahankan jawatan beliau sebagai Ketua Armada PPBM, yang dicabar oleh beberapa calon termasuk bekas pegawai khasnya sendiri, Wan Ahmad Fayhsal yang kini merupakan seorang senator dan timbalan menteri belia dan sukan. – Buletin TTKM-

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.