June 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Wang RM250k hilang bukan wang PPBM – Syed Saddiq

Petaling Jaya, 30 Mac: Syed Saddiq menafikan laporan media yang mendakwa wang RM250k yang hilang dari peti besi di kediamannya adalah milik PPBM.
Beliau turut berkata anggaram kecurian masih belum dapat disahkan.
Laporan media bahawa RM250 ribu tersebut merupakan wang PPBM adalah tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan. Saya harap semua pihak juga tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang ramai.” – Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata demikian di laman facebooknya sebentar tadi sambil mengepilkan salinan laporan polis.
“Pada 28/3/2020 jam lebih kurang 7pm, didapati wang tunai yang disimpan dalam peti besi didapati telah dicuri/hilang/berkurangan. Anggaran wang tunai yang hilang adalah RM250k. Kali terakhir saya membuka peti besi tersebut pada tarikh 13hb atau 14 hb Mac 2020. Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah dan bilik adalah kemas
Peti besi milik saya telah saya tetapkan kod rahsia dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu di mana saya simpan. ” – Kenyataan Syed Saddiq dalam laporan polis
Terdahulu media melaporkan Syed Saddiq kehilangan wang berjumlah RM250k milik PPBM.
Syed Saddiq ketika ini sedang mempertahankan jawatan beliau sebagai Ketua Armada dalam pemilihan PPBM, yang dicabar oleh beberapa calon termasuk bekas pegawai khasnya sendiri, Wan Ahmad Fayhsal yang kini merupakan seorang senator dan timbalan menteri belia dan sukan. – Buletin TTKM-
91630680_2820426384703036_6752947972507435008_n (1)

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: