Jawatan Mazlan Aliman sebagai pengerusi LPP ditamatkan.

Mazlan menitiskan air mata ketika program bersama Oren TV pada 2017 mengenai Felda.

Kuala Lumpur, 1 April: Jawatan Mazlan Aliman sebagai pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee selepas menyemak semula keahlian semua Lembaga Pengarah Badan Berkanun dibawah kementerian itu melalui satu surat bertarikh 31 Mac 2020.

“Anggota pentadbiran kerajaan disusun semula pada 9 Mac 2020 yang lalu. Susulan itu Kementerian menyemak semula keanggotaan semua Lembaga Pengarah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA).

“Sehubungan itu, adalah diputuskan perkhidmatan (Mazlan) selaku pengerusi LLP adalah dengan ini ditamatkan berkuatkuasa 1 April 2020,” – Ronald Kiandee

WhatsApp Image 2020-04-01 at 8.32.04 PM (1)

Untuk rekod, Mazlan merupakan ahli Jawatankuasa parti Amanah dan dilantik sebagai pengerusi LPP selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Putrajaya.

Perlantikan Mazlan yang juga pemimpin Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu dilihat sebagai lantikan politik kerana ia dilantik oleh bekas menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub merangkap timbalan presiden parti Amanah. -Buletin TTKM- 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.