Pengerusi Khazanah: Tun Dr Mahathir letak jawatan, Muhyiddin Pengerusi baharu.

Putrajaya, 1 April: Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan pelantikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi baharu  Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad menggantikan Tun Dr Mahathir.

Dalam kenyataan hari ini, MOF turut mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah yang baharu, iaitu  Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Mohammed Azlan Hashim

mof

Sementara itu,  Khazanah pula dalam satu kenyataan berasingan berkata pihaknya menyambut baik pelantikan tersebut dan akan bekerjasama  dengan Lembaga Pengarah yang baru dibentuk semula untuk terus memenuhi mandatnya sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia.

Dalam kenyataan yang sama, turut diumumkan adalah peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah, berkuat kuasa 25 Mac, 2020.

“Bagi pihak pengurusan dan kakitangan, Khazanah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tun Dr Mahathir atas kepimpinan, bimbingan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai pengerusi,”

khazanah1

Selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya pada PRU14 lepas, Tun Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi Khazanah pada 30 Julai 2018  dan turut diumumkan  ketika itu adalah pelantikan  4 ahli lembaga pengarah termasuk Dato Seri Azmin Ali,  Tan Sri Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Encik Goh Ching Yin.

img-20180730-wa00647076493920918917094

Tan Sri Mohd Hassan Marican meletakkan jawatan beliau pada 6 Mac lepas  untuk “menumpukan perhatian kepada penglibatan lain”, tidak berapa lama selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Hasil pemerhatian Buletin TTKM di laman web Khazanah mendapati semua pelantikan ahli lembaga pengarah yang dibuat sewaktu kerajaan PH didapati tiada kecuali Azmin Ali dan encik Goh Ching Yin.

Ini bermakna 3 ahli lembaga pengarah yang meletak jawatan adalah Tun Dr Mahathir, Dr Sukhdave Singh dan Tan Sri Mohd Hassan Marican dan tiga kekosongan tersebut kini diisi oleh Tan Sri Muhyidin, Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Mohammed Azlan Hashim. – Buletin TTKM.

kahzanah

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.