Hadi Awang dilantik duta khas bertaraf menteri

KUALA LUMPUR 4 April: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri berkuatkuasa serta merta.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan pada hari ini.

Abdul Hadi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Univeristi Al-Azhar, Mesir merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004 disenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan.

Sebelum ini, Hadi berkata beliau tidak dilantik menyertai kabinet Perikatan Nasional agar dapat memantau menteri-menteri PAS yang berada dalam kerajaan.

“Kita hantar wakil (untuk dilantik sebagai) menteri dan timbalan menteri yang akan melaksanakan peranan eksekutif untuk membuktikan kemampuan mentadbir dan mengurus dalam keadaaan parti perlu memantau.

“Sebab itu saya sebagai presiden parti tak dilantik sebagai menteri kabinet untuk lebih berkesan parti memantau kerajaan, menteri-menteri kabinet dan timbalan menteri kita yang duduk dalam kerajaan,” – Hadi Awang.

-Buletin TTKM-

90083783_2740448932852051_4381819415990108160_o

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.