Sah, tiada bazaar Ramadhan tahun ini selagi PKP berkuat kuasa

PUTRAJAYA 3 April: Bazaar Ramadhan tidak akan dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tambah beliau, keputusan ini dibuat ketika mesyuarat pada hari Jumaat oleh jawatankuasa kabinet berhubung isu berkenaan bukan-kesihatan.

“Kita telah memutuskan bahawa selagi PKP berkuatkuasa, tiada bazar Ramadhan.

Setelah itu, jika perintah itu tidak dipanjangkan, Majlis Keselamatan Negara akan mengeluarkan SOP pasca-PKP

Ini akan, antara lainnya menentukan sama ada Bazar Ramadhan boleh beroperasi” 

-Datuk Seri  Ismail Sabri.

Fasa kedua PKP akan berakhir pada 14 april ini manakala Ramadhan dijangkakan akan bermula pada 23 April.
Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu telah membatalkan semua bazar Ramadhan berikutan pandemik Covid-19.

 

Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari mengumumkan pembatalan semua pasar dan bazar Ramadhan tahun ini. Selangor merupakan negeri yang mempunyai kes Covid-19 tertinggi dalam negara dengan lebih 800 kes.

Walaubagaimanapun, negeri akan menimbangkan perkara itu bergantung kepada nasihat dari Kementerian Kesihatan.

Terdapat juga cadangan diadakan bazaar ramadhan pandu lalu dan secara atas talian untuk mengurangkan kontak.

Kes positif Covid-19 di seluruh negara kini – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.