Kuarantin di hotel 4 atau 5 bintang tanggung sendiri.

KUALA LUMPUR 7 April: Mana-mana individu yang pulang dari luar negara dan mahu dikuarantinkan 14 hari di hotel bertaraf empat atau lima bintang,  hendaklah menanggung sepenuhnya kos tersebut.

Perkara ini disahkan oleh menteri kanan, Datuk Ismail Sabri sebentar tadi.

“Jika ada individu yang mahu tinggal di hotel bertaraf 4 atau 5 bintang boleh berbuat demikian dengan syarat hotel berkenaan dalam senarai 45 hotel yang diwartakan dan kos sepenuhnya ditanggung sendiri.” – Datuk Ismail Sabri 

Terdahulu, beliau berkata sebanyak 45 buah hotel bertaraf 3 bintang dan ke atas telah diwartakan oleh kerajaan sebagai Pusat Kuarantin

“Pembiayaan Kerajaan adalah serata untuk semua bilik dan terhad kepada RM150.00 sehari termasuk makan dan minum. Kos-kos lain (contohnya perkhidmatan dobi) hendaklah ditanggung sendiri.” – – Datuk Ismail Sabri 

Beliau berkata demikian berikutan tular di twitter mengenai dakwaan seorang bekas pramugari yang dikuarantinkan di Hotel Hilton PJ mendakwa keseluruhan kos kuarantin di hotel 5 bintang itu ditanggung kerajaan.

meme
Dakwaan oleh seorang bekas pramugari 

 

Sementara itu, pihak kami menghubungi PJ Hilton dan mendapati mereka mengenakan bayaran sebanyak RM250 sehari termasuk untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, sebagai harga promosi untuk seorang tetamu kuarantin.

Tetamu dikehendaki mempersembahkan surat deklarasi keputusan saringan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan promosi tersebut.

Perkara ini disahkan oleh Duty Manager,  Catherine Selvam yang dihubungi melalui email pagi tadi.

“We have a special room promotion for quarantine guests who are coming back from overseas, the room rate will be RM250 nett include breakfast, lunch and dinner per room per pax. Please note that guest will need to present the declaration letter of the screening result from MOH to the hotel.” – Catherine Selvam, Duty Manager, PJ Hilton

-Buletin TTKM-

Berikut merupakan ringkasan Pengurusan Kuarantin oleh Datuk Ismail Sabri.

Pengurusan Pusat Kuarantin

  • Setakat 6 April 2020, sebanyak 122 Pusat Kuarantin telah beroperasi di mana 7500 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.
  • Semalam (6 April 2020) seramai 233 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dari luar negara dan telah dikuarantin wajib.
  • Tular di media sosial mengenai hotel bertaraf 4 dan 5 bintang yang diguna sebagai Pusat Kuarantin dan kononnya Kerajaan menyediakan Pusat Kuarantin bertaraf dua darjat.
  • Kerajaan ingin menjelaskan bahawa sebanyak 45 buah hotel bertaraf 3 bintang dan ke atas telah diwartakan sebagai Pusat Kuarantin.
  • Pembiayaan Kerajaan adalah serata untuk semua bilik dan terhad kepada 00 sehari termasuk makan dan minum. Kos-kos lain (contohnya perkhidmatan dobi) hendaklah ditanggung sendiri.
  • Jika ada individu yang mahu tinggal di hotel bertaraf 4 atau 5 bintang boleh berbuat demikian dengan syarat hotel berkenaan dalam senarai 45 hotel yang diwartakan dan kos sepenuhnya ditanggung sendiri.
  • Ramai bertanya kenapa Kerajaan mewartakan hotel bertaraf 4 atau 5 bintang, ini untuk menempatkan diplomat asing yang perlu menjalani kuarantin wajib.
  • Individu yang menjalani kuarantin wajib tidak boleh memilih hotel yang di luar senarai hotel yang diwartakan kerana tujuan keselamatan dan pematuhan SOP yang telah ditetapkan kerajaan.
  • Pasukan petugas khas ditempatkan di semua Pusat Kuarantin yang telah diwartakan. Mereka yang menjalani perintah kuarantin wajib tidak dibenarkan keluar dari hotel. Keluarga dan tetamu juga tidak dibenarkan melawat mereka.

 

 

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.