Selangor Mansion dan Malayan Mansion diletakkan bawah PKPD

Kuala Lumpur, 7 April : Kerajaan mengarahkan bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di ibu negara diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berikutan wabak Covid-19.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri kanan, Ismail Sabri sebentar tadi setelah terdapat 15 kes positif jangkitan Covid-19 dikesan di bangunan yang terletak di Jalan Masjid India itu.

Ini  merupakan arahan keempat PKPD sejak pertama kali ia  diumumkan di dua buah kampung di Simpang Renggam, Johor pada 27 Mac lalu, kemudian diikuti dengan 7 kampung di  Hulu Langat dan Menara City One.

“Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu.

“Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 7 April 2020 sehingga pengesanan ini tamat,” 

Ismail berkata, berikutan arahan tersebut,  semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan anggota polis dan tentera selesai memasang pagar kawat duri di laluan masuk kedua-dua bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion itu serta menutup keseluruhan bangunan dengan pita larangan polis berwarna kuning bagi menghalang sebarang pergerakan keluar masuk ke tempat tersebut.

Kedua-dua bangunan ini jaraknya cuma 500 meter dari lokasi Plaza City One, yang lebih awal dikenakan PKPD bermula 31 Mac lalu. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: