TAK KENA MASA
oleh : Khairul Azri
“Perhatian orang ramai terhadap pandemik itu mengatasi obsesi terhadap politik, kebanyakan laman media tiada pilihan kecuali menyampaikan berita dan maklumat terkini mengenai penyakit berbahaya itu.
Sejak itu pemimpin PH menggunakan media sosial, ramai pemimpinnya, termasuk calon perdana menterinya, Anwar Ibrahim muncul setiap hari menggunakan kemudahan talian popular seperti YouTube dan Facebook.
Sementara itu, difahamkan PKR menyediakan “insentif” kepada mereka yang aktif “menghentam kerajaan”, menurut seorang sumber.
“Ia sesuatu yang kami sediakan pada Februari,” kata orang dalaman PKR kepada FMT ketika diminta mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata parti itu akan memberi ganjaran kepada mereka yang “mengulas secara agresif” di media sosial.” – FMT
.
Komen:
Baguslah sangat tu, yang sebelah menteri sibuk nak buat pertandingan video tiktok, yang sebelah pembangkang pulak semangat nak buat pertandingan ‘VIPEN’ propapaganda politik.

Apa punya bengaplah, waktu-waktu genting begini tak boleh ke ‘drop’ kejap political routine tu?
Sekarang ni masa untuk kurangkan berpolitik dan lakukan temporary national reconciliation.
Ramai rakyat sedang risau dan bingung bagaimana nak teruskan kehidupan, kau masih sibuk nak berpropaganda?
Dah tengok data survey DOSM yang terbaru?
Hampir 47% daripada 168,600 orang yang ditemu bual melalui survei khas kesan dari Covid19 telah hilang pekerjaan, 35.5% daripadanya walaupun berkerja telah kehilangan 90% pendapatan mereka!
Ataupun,
71.1% rakyat yang bekerja sendiri hanya mempunyai simpanan selama sebulan untuk ‘survive’, kita PKP ni akan berlangsung lebih sebulan bang, jadi macamana dengan golongan ini?
Patutlah semua benda Moyden buat dan umum tak kena, nak buat sesi parlimen tergempar lah, rupanya ada ‘udang disebalik batu’.
Ceh!
Rujukan:
Di sebalik krisis Covid-19, PKR tawar ganjaran untuk tiup sentimen anti-kerajaan
https://www.freemalaysiatoday.com/…/di-sebalik-krisis-covi…/
Report of Special Survey on Effects of COVID-19 on Economy & Individual – Round 1
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor