June 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

PKP dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April


Putrajaya, 10 April : Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan disambung dua minggu lagi sehingga 28 April.

Bercakap melalui siaran secara langsung, beliau berkata keputusan itu dibuat susulan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak Covid-19 dari terus menular semula.


“Berdasarkan nasihat KKM dan pakar-pakar perubatan, kerajaan putuskan untuk lanjutkan (PKP) selama dua minggu lagi iaitu 15 April sehingga 28 April,” – Tan Sri Muhyiddin



PKP bermula pada 18 Mac untuk meratakan lengkungan jangkitan Covid-19 dan disambung sehingga 14 April.

Beberapa kawasan diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selepas merekodkan angka kes yang tinggi.

Katanya lagi, keputusan itu selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya ia tidak ditamatkan terlalu awal.

“Beberapa negara lain meningkat semula apabila PKP tamat,” katanya.

Sementara itu, beberapa sektor ekonomi akan dibenarkan untuk beroperasi dan Kerajaan akan mengumumkan perkara kemudian. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan kebenaran itu tidak bermakna PKP dilonggarkan- Buletin TTKM –

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: