Berita

Polis buka siasatan terhadap ahli parlimen

By Buletin TTKM

April 10, 2020

Walaubagaimanapun, hantaran tersebut dipadam dan kemudian admin laman terbabit memohon maaf mendakwa beliau melakukan kesilapan.

“Admin Mohon Maaf Tersilap Post Video Lama Dan Sudah pun di Delete. Harap tidak menyebabkan Panic!” – Laman Facebook Fuziah Salleh.

Menurut video  rakaman skrin , dapat diperhatikan rakaman dilakukan pada jam 1:46 pagi, manakala tertera di laman FB Fuziah Salleh ‘1 hour’ yang bermaksud ia dinaikkan 1 jam terdahulu.

Ini bermakna, video itu dinaikkan pada jam 12:46 pagi.

Tangkap layar hantaran laman FB Fuziah Salleh.. 

Sebelum ini, seorang wartawanWan Noor Hayati Wan Alias.  atau lebih dikenali sebagai Ibu Yati didakwa di mahkamah atas tiga tuduhan kerana membuat kenyataan berhubung isu jangkitan covid-19 di laman facebook miliknya yang dikatakan menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

-Buletin TTKM-