Polis buka siasatan terhadap ahli parlimen

JOHOR BAHRU, 10 April – Polis akan menyemak satu laman Facebook yang didakwa memuat naik kandungan video yang mencetuskan kegusaran orang ramai, sebelum memanggil seorang Ahli Parlimen yang juga bekas timbalan menteri, untuk memberi keterangan.

Bernama melaporkan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung penularan video tersebut, yang kononnya memaparkan situasi bersesak-sesak melibatkan pekerja Malaysia dari Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, malam tadi.

“Pengarah Imigresen Johor Baharuddin Tahir sudah membuat laporan polis di Balai Larkin, kira-kira 11.30 pagi tadi, dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” – Datuk Ayob Khan

Sekiranya disabitkan kesalahan, Seksyen 505 (B) itu  boleh dikenakan penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

Ayob Khan berkata, siasatan terhadap kes itu kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Menurut beliau, penyebaran video itu sehingga tular di laman sosial bukan sahaja menggusarkan orang ramai, malah para agensi penguat kuasa.

Beliau turut mengesahkan video tersebut merupakan satu latihan kebakaran yang dilakukan di BSI akhir tahun lepas, dan individu yang menyebarkan video itu sepatutnya menyemak kesahihannya terlebih dahulu, sebelum menyebarkan di laman sosial.

 

“Kalau benar Ahli Parlimen itu (menyebarkan), bagi saya itu perbuatan tidak bertanggungjawab. Kertas siasatan sudah dibuka, kalau benar, tindakan akan diambil.

“Facebook kena sahkan (video dimuat naik oleh Ahli Parlimen itu), kalau betul, beliau akan dipanggil untuk siasatan. Kita tidak ada undang-undang berbeza sama ada orang awam atau Ahli Parlimen…undang-undang kita terpakai untuk semua,” 

Semalam, laman facebook ahli parlimen PKR Kuantan, YB Fuziah Salleh menaikkan video tersebut dengan kapsyen berikut:

“Sedang berlaku di CIQ, JB. Situasi di luar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik ke Malaysia secara beramai2.
Harap adalah Hotel 5 bintang untuk quarantine mereka. “ – Laman Facebook Fuziah Salleh.

Walaubagaimanapun, hantaran tersebut dipadam dan kemudian admin laman terbabit memohon maaf mendakwa beliau melakukan kesilapan.

“Admin Mohon Maaf Tersilap Post Video Lama
Dan Sudah pun di Delete.
Harap tidak menyebabkan Panic!” – Laman Facebook Fuziah Salleh.

Menurut video  rakaman skrin , dapat diperhatikan rakaman dilakukan pada jam 1:46 pagi, manakala tertera di laman FB Fuziah Salleh ‘1 hour’ yang bermaksud ia dinaikkan 1 jam terdahulu.

Ini bermakna, video itu dinaikkan pada jam 12:46 pagi.

Tangkap layar hantaran laman FB Fuziah Salleh.. 

Sebelum ini, seorang wartawanWan Noor Hayati Wan Alias.  atau lebih dikenali sebagai Ibu Yati didakwa di mahkamah atas tiga tuduhan kerana membuat kenyataan berhubung isu jangkitan covid-19 di laman facebook miliknya yang dikatakan menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

-Buletin TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: