Selepas polis buka kertas siasatan, laman FB Fuziah Salleh dinyahaktif

Kuantan, 11 April : Laman facebook ahli parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh tidak dapat diakses sejak pagi tadi dipercayai dinyahaktif ( deactivated).

Perkara ini dipercayai dilakukan oleh admin laman facebook bekas timbalan menteri itu  setelah kertas siasatan dibukan oleh pihak polis terhadap ahli parlimen tersebut berikutan menyebarkan video kononnya memaparkan situasi bersesak-sesak melibatkan pekerja Malaysia dari Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Baharu. 

“Pengarah Imigresen Johor Baharuddin Tahir sudah membuat laporan polis di Balai Larkin, kira-kira 11.30 pagi tadi, dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” – Datuk Ayob Khan

Sekiranya disabitkan kesalahan, Seksyen 505 (B) itu  boleh dikenakan penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

Ayob Khan berkata, siasatan terhadap kes itu kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Menurut beliau, penyebaran video itu sehingga tular di laman sosial bukan sahaja menggusarkan orang ramai, malah para agensi penguat kuasa.

Beliau turut mengesahkan video tersebut merupakan satu latihan kebakaran yang dilakukan di BSI akhir tahun lepas, dan individu yang menyebarkan video itu sepatutnya menyemak kesahihannya terlebih dahulu, sebelum menyebarkan di laman sosial.

 

“Kalau benar Ahli Parlimen itu (menyebarkan), bagi saya itu perbuatan tidak bertanggungjawab. Kertas siasatan sudah dibuka, kalau benar, tindakan akan diambil.

“Facebook kena sahkan (video dimuat naik oleh Ahli Parlimen itu), kalau betul, beliau akan dipanggil untuk siasatan. Kita tidak ada undang-undang berbeza sama ada orang awam atau Ahli Parlimen…undang-undang kita terpakai untuk semua,”  – Datuk Ayob Khan

screenshot1
Tangkap layar hantaran laman facebook Fuziah Salleh

Sebelum ini, seorang wartawanWan Noor Hayati Wan Alias, atau lebih dikenali sebagai Ibu Yati didakwa di mahkamah atas tiga tuduhan kerana membuat kenyataan berhubung isu jangkitan covid-19 di laman facebook miliknya yang dikatakan menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

-Buletin TTKM-

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.