Inspektor polis ditahan kerana disyaki rog0l 2 wanita Mongolia

PETALING JAYA 12 April : Dua orang wanita warga asing mendakwa dirog0l oleh seorang inspektor polis selepas ditahan ketika sekatan jalanraya perintah kawalan pergerakan, lapor The Star.

Kejadian dipercayai nerlaku di dalam sebuah hotel selepas inspektor terbabit didakwa mencul1k dan menempatkan kedua wanita asing itu di sana.

Pegawai polis terbabit, berumur 30an yang bertugas di Petaling Jaya telah ditahan selepas risikan dan pemantauan pihak polis dijalankan.

Menurut laporan The Star lagi, wanita tersebut ditahan di sekatan jalanraya pada hari Jumaat( 10 April) dan kemudian ditempatkan tanpa kerelaan mereka di hotel berdekatan lebih 24 jam sebelum diselamatkan oleh pihak polis.

Petaling Jaya OCPD Asst Comm Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mereka telah diberitahu insiden tersebut semalam dan mula melakukan siasatan segera.

“Kami melakukan operasi yang diketuai timbalan saya, Supt Ku Mashariman Ku Mahmood, oleh kerana kes tersebut yang sensitif. 

Kami perlu melakukan pemantauan kerana keutamaan kami kini adalah untuk memastikan kedua-dua wanita ini tidak lagi berada dalam bahaya. “ – Nik Ezanee Mohd Faisal

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui di sekatan jalan raya PKP di sepanjan Jalan PJU 7/1 at Mutiara Damansara hari ini.

Tambah ACP Nik Ezaneem, polis melakukan serbuan di Petaling Jaya pada jam 9.30 malam pada hari Sabtu, termasuk di satu hotel di mana dua wanita Mongolia berumur 20 dan 30 tahun akhirnya diselamatkan.

Sementara itu, inspektor terbabit ditahan di lokasi berlainan.

“Pegawai polis berkenaan kini ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” – Nik Ezanee Mohd Faisal

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.