Warganet terkejut laman rasmi KKM kongsi artikel politik

Kuala Lumpur 14 April: Warganet yang melayari laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengetahui situasi terkini Covid-19, terkejut apabila laman tersebut berkongsikan satu artikel politik membodek menteri kesihatan, Dr Adham Baba dalam menangani krisis wabak Covid-19.

Perkongsian itu turut disertakan dengan penulisan yang diolah dari facebook Friends of Adham Baba.

Hantaran di laman FB KKM yang sempat ditangkap layar sebelum dipadamkan.

Hantaran itu dinaikkan lebih kurang jam 9 malam tadi, dan dipadamkan selepas mendapat kecaman warganet. Berikut antara beberapa komen warganet yang sempat ditangkap layar.

Buletin TTKM mendapati artikel di halaman Facebook ‘Friends of Dr Adham Baba’itu ditulis oleh seseorang dengan nama pena “Dr Mas”

Berikut merupakan artikel tersebut:

Hasil pencarian di facebook, kami menjumpai sumber asal artikel tersebut yang ditulis oleh seorang pengguna facebook bernama Dr Masliha Harun. merangkap exco pergerakan Puteri UMNO.

Beliau juga adalah pegawai tugas-tugas khas Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

Walau bagaimanapun, hantaran asal di laman facebook beliau turut didapati dipadamkan hari ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2953815948019350&id=100001729222712

Dihubungi oleh Dr Masliha, beliau mengatakan bahawa beliau tiada kena mengena dengan hantaran yang dibuat di laman facebook KKM tersebut dan bukan bidang kuasanya menjadi admin di laman tersebut.

Walaubagaimanapun beliau mengesahkan posting asal dibuat di FB peribadinya dan telah diambil dan dimuat naik ke laman facebook KKM tanpa pengetahuannya.

“Saya menyerahkan pada pihak KKM untuk membuat siasatan dan berharap hukuman yang sewajarnya dikenakan supaya perkara ini tidak berulang.” – Dr Masliha

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Pegawai komunikasi KKM memberitahu media menerusi Whatsapp bahawa hantaran itu disebabkan kesilapan teknikal ekoran “kesilapan log masuk”.

Bagaimanapun, tangkap layar perbualan dalam kumpulan Whatsaap yang mendakwa hantaran itu dibuat atas arahan seorang pegawai kanan Adham, telah disebarkan.

Setakat ini, tiada permohonan maaf dibuat oleh laman KKM berhubung hantaran tersebut.

-Buletin TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version