Saya dipecat PKR tanpa sebab – Ratu Naga

14 April 2020
Kenyataan Media
Syarul Ema Rena

Pada hari ini 9 April 2020 saya telah menerima satu notis pemecatan keanggotaan Parti Keadilan Rakyat yang bertarikh 1 April 2020. Tindakan pemecatan keanggotaan saya dibuat berdasarkan Perlembagaan Parti Fasal 9.1(D) iaitu dipecat oleh Majlis Pimpinan Wanita Pusat (merangkap sebagai Ketua Wanita Penerangan Pusat)

Justeru, alasan pemecatan keanggotaan saya ini tidak telus tanpa alasan atau sebab musabab yang jelas dan juga saya tidak diberi peluang untuk pertahankan diri atau terima notis amaran sebelum dipecat. Proses pemecatan saya juga tidak dijalankan dengan betul dan juga dipertikaikan

Amat malang sekali bilamana dalam kita seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan pendamik wabak Covid-19 PKR melalui pejabat Setiausaha Agung parti masih lagi bermain politik dan mengeluarkan surat pemecatan keatas saya tanpa sebab ditulis didalam surat pemecatan yang saya terima.

Sekurang-kurangnya nyatakan atau jelaskan dalam surat amaran supaya saya boleh mempertahankan diri saya sebelum tindakan pecat diambil. Lepas tu boleh lah ambil tindakan selepas mengambil kira kedua-dua belah pihak tanpa berat sebelah, itu lah sepatutnya tinsakan Lembaga Displin patut lakukan. Bukan terus pecat tanpa sebab

Walau bagaimana pun saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada YB Haniza Talha serta seluruh anggota sayap Wanita Keadilan yang banyak mendidik dan membantu saya dalam tempoh saya menjadi anggota parti.

Sekian

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SYARUL EMA RENA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.