May 16, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Main golf ketika PKP: 3 lelaki dipenjara 3 hari, denda RM1k.

Gambar oleh Farhan Najib, The Malay Mail.

BATU GAJAH, 17 April : Tiga lelaki yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan kerana bermain golf dihukum penjara 3 hari dan denda RM1,000 setiap seorang oleh mahkamah majistret di sini.

Menurut laporan The Malay Mail, Low Teck San, 68; Tan Chee Kean, 59 dan Eugene Wong Yat Hoe, 37, mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka dituduh kerana berkumpul di Kelab Golf Clearwater Sanctuary Resort pada 16 April pada jam 11.30 pagi untuk tujuan sukan.

Mereka didakwa di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di lalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara atau denda RM1000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, peguam Parveen Sharma Krishnan dari Yayasan Bantuan Guaman Nasional, yang mewakili ketiga-tiga lelaki tersebut, meminta denda minimum kerana mengatakan mereka menyesal dan meminta maaf kepada mahkamah, masyarakat dan negara atas tindakan mereka.

Parveen juga meminta beg golf tiga lelaki itu, yang disita oleh polis semasa penangkapan, dikembalikan kepada mereka.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Fairoz Abd Mutalib meminta mereka dipenjara kerana mengatakan “denda tidak lagi mencukupi untuk kesalahan tersebut.”

Majistret Nazratul pula berkata, “Pada pandangan pengadilan, anda sama sekali tidak peduli dengan barisan depan kami yang berjuang melawan penyakit ini.

“Anda adalah orang berpendidikan yang memahami undang-undang dan kami memandang serius perkara ini terutama pada fasa ketiga MCO.”

Beliau kemudian menghukum mereka dan memerintahkan beg golf itu dikembalikan kepada pemiliknya masing-masing.

Semalam, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata kesemua mereka ditahan sewaktu tugas rondaan penguat kuasaan PKP oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah selepas didapati sedang leka bermain golf di kelab golf terbabit.

“Sewaktu dihampiri polis, ketiga-tiga suspek cuba berpatah balik dengan menaiki ‘buggy’ sebelum berjaya ditangkap di dalam kawasan padang golf berkenaan.

“Beg yang berisi peralatan bermain golf milik ketiga-tiga suspek turut dirampas bagi membantu siasatan,” – Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri

-Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: