Netizen berang timb menteri kesihatan ingkar PKP.

Kuala Lumpur, 18 April: Warganet berang dengan tindakan timbalan menteri kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali yang hadir dalam satu majlis jamuan makan di satu sekolah Tahfiz di Perak, mengingkari perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan sebarang  perhimpunan awam.

Ahli parlimen Bersatu itu juga didapati tidak mengamalkan penjarakan sosial 1 meter.

Beberapa gambar yang dikongsikan di laman facebook Dr Noor Azmi Ghazali kini didapati telah dipadamkan, sementara laman facebook itu pula kini tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktif.

Walaubagaimanapun, gambar-gambar tersebut sempat ditangkap layar oleh warganet dan kini sudah berlegar di media sosial.

Pada perkembangan yang sama, Menteri kanan, Dato Ismail Sabri  berkata pihak berkuasa sudah menerima laporan berhubung orang kenamaan yang dikatakan mengingkari PKP dan menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

“Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Itu asas. Saya difahamkan sudah ada laporan-laporan polis yang telahpun dilakukan. Jadi oleh itu kita serahkanlah  kepada pihak polis untuk meneruskan tindakan” 

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: