Kuala Lumpur, 19 April.
Bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak menyindir Dr Dzulkefly berhubung kenyataan bekas menteri kesihatan itu semalam yang meminta Dr Adham Baba bertanyakan kepada bekas menteri KDN mengenai kegagalan menghalang perhimpunan tabligh yang membawa kepada lonjakan gelombang kedua wabak C0vid-19.
Dalam satu hantaran di laman facebooknya, Najib menaikkan satu persoalan yang dijawab beliau menggunakan kenyataan Dr Dzul sendiri pada 12 Februari yang lalu
Kita biar Dr Dzul jawab Dr Dzul.
SOALAN:
Pada 18 April 2020, Dr Dzul tanya PM ke-8 yang juga bekas Menteri KDN kenapa pihak polis pada 13 Feb 2020 luluskan perhimpunan Tabligh.“Tanya KDN kenapa lulus himpunan tabligh, Dzulkefly balas kenyataan menteri kesihatan”
https://www.freemalaysiatoday.com/…/tanya-kdn-kenapa-lulus…
JAWAPAN:
Pada 12 Feb 2020 (sehari sebelum pihak polis luluskan perhimpunan Tabligh), Dr Dzul jawab:
“Tiada keperluan untuk menunda aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti majlis keramaian atau penutupan sekolah seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).”
Ya, PH lawan saranan WHO dan memandang rendah amaran WHO. Baca sendiri: https://www.sinarharian.com.my/…/Kadar-jangkitan-Covid-19-k…
-Najib Razak.
Najib kemudian mengakhiri artikel itu dengan berkata “Melayu (PAN) mudah lupa” merujuk kepada Dr Dzul yang merupakan ahli parlimen PAN.
Semalam, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mendakwa pentadbiran sebelum ini gagal mengawal penularan wabak Covid-19, khususnya melibatkan kluster yang menurutnya menjadi kluster terbesar di seluruh negara.
Adham berkata, sekiranya pentadbiran lepas mengawal penularan wabak ini dengan lebih baik ketika itu, beliau percaya kes membabitkan wabak Covid-19 di negara ini hanya akan terdiri daripada kluster kecil sahaja.
“Pada 10 Mac lalu, kita sudah ada satu kluster baru, yang kerajaan sebelum ini tidak dapat bendung iaitu kluster tabligh. Ia berlaku pada 27 Feb hingga 3 Mac. Ia sungguh besar hingga sampai ke hari ini masih tidak dapat hentikan penularannya.
“Masih ada kes dari kluster tabligh yang menjangkiti hingga ke kluster ke-5. Kalau kluster tabligh ini dihalang daripada awal, gelombang kedua tidak akan berlaku.
“Kita mungkin hanya akan ada kes dari kluster kecil,” – Dr Adham Baba
Dr Dzul kemudian menjawab kritikan Dr Adham Baba dengan berkata menteri kesihatan itu sepatutnya bertanyakan kepada menteri KDN ketika itu, iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin yang tidak perasan perhimpunan tabligh kerana menumpukan agenda lebih besar.
“Kalaulah ada Menteri yang lebih memaklumi kedudukan perkara perhimpunan Tabligh ini, pastinya beliau itu ialah Menteri KDN, yang sekarang ini ialah Perdana Menteri ke-8. YBMK wajar bertanya beliau kalau ingin tahu letak duduk dakwaannya bahawa kerajaan PH gagal mengawal perhimpunan tabligh. Mungkin sahaja YAB PM-8 tidak perasaan, kerana ada agenda lebih serius yang mengganggu tumpuan kerja beliau ketika itu.” – Dr Dzul
– Buletin TTKM