COVID-19: PKPD di Pusat Bandar Utara, Pasar Borong KL

KUALA LUMPUR: Pusat bandar utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, di Selayang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 3 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD keenam itu membabitkan lapan parcel di kawasan terbabit.

“Kerajaan diatas nasihat menteri kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD ke 6 di pusat bandar utara Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pasar borong Kuala Lumpur. PKPD ini akan berkuatkuasa mulai 20 April 2020 sehingga 3 Mei 2020 yang melibatkan 8 parcel” 

Parcel yang membabitkan Pusat Bandar Utara itu adalah

Ismail Sabri berkata, PKPD itu dilaksanakan bagi membendung jangkitan COVID-19, sekali gus membolehkan aktiviti pengesanan dan saringan kesihatan dapat dilakukan sepanjang tempoh PKPD itu berkuat kuasa.

“Kita berharap semua penghuni diminta bertenang dan memberi kerjasama, duduk, dan jangan lari.”

Difahamkan, kira-kira 15,000 penduduk di kawasan sekitar terkesan akibat pelaksaan PKPD berkenaan.

Walau bagaimanapun,  Ismail Sabri berkata, PKPD itu tidak membabitkan penutupan Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Pasar Borong Selayang, justeru ia tidak akan menjejaskan bekalan barangan dan makanan dari pasar itu.

“Kita menutup kawasan perumahan terutama ramai rakyat Rohingya pemegang kad UNHCR (Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian) (di kawasan itu), manakala pasar borong dibuka seperti biasa,” 

Beliau berkata, penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di talian 03-4026 7222 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di 03-4048 2212.

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version