Covid-19: Singapura catat 1,426 kes terbaru, keseluruhan 8,014 kes.

Asrama pekerja di Singapura, gambar oleh The Straits Times.

SINGAPURA, 20 April – Singapura hari ini mencatat kes positif Covid-19 harian tertinggi dengan 1,426 kes. Dari jumlah itu, 16 adalah warga dan penduduk tetap Singapura manakala selebihnya adalah pekerja asing yang tinggal di dalam asrama pekerja.

Dengan ini, jumlah keseluruhan kes di Singapura kini melonjak kepada 8,014 kes.

Menurut laporan The Straits Times, setakat ini 1% dari 323,000 pekerja asing yang menetap di asrama pekerja telah didapati positif virus tersebut.

Sebanyak 26 dari 43 asrama besar yang dibina untuk menempatkan para pekerja asing di negara pulau itu  termasuk asrama yang dibina dari kilang kecil kini dilaporkan terdapat kluster aktif.

Setakat ini, kluster terbesar adalah Asrama S11 di Punggol, yang mencatat lebih 1,000 kes.

Singapura kini mencatat kes tertinggi di Asia Tenggara mengatasi Indonesia dan Filipina. -Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version