Certot: Kisah Nydin nasihat kerajaan

A boy ask to his father some questions

Oleh : Khairul Azri

Nydin potong gaji pekerja, pekerja Nydin mula simpan duit kurang berbelanja di kedai runcit dan gerai tepi jalan.

Nydin cadang potong gaji penjawat awam, kerajaan ikut, pekerja kerajaan simpan duit, kurang berbelanja di kedai runcit dan gerai tepi jalan seperti pekerja Nydin.

Bukan itu sahaja pekerja kerajaan pun terpaksa kurang berbelanja di Nydin.

Nydin kurang untung, potong lagi gaji pekerja, pekerja Nydin makin kurang belanja di kedai runcit dan gerai tepi jalan.

Kedai runcit dan Gerai Tepi jalan ni cash-flow buffernya nipis, mudah tersontot, bila semua orang kurang berbelanja.

Kedai runcit bungkus. Gerai tepi jalan bungkus.

Pekerja kerajaan masih kurang belanja di Nydin kerana kerajaan tidak dapat collect cukai dari Nydin. Taknak buat hutang baru untuk bayar gaji seperti asal, kena berjimat cermat juga macam Nydin.

Nydin dah mula rugi, sebab selain pekerja kerajaan yang berbelanja di Nydin berkurang kerana simpan duit, kedai runcit dan gerai pun sudah tidak membeli bekalan perniagaan di Nydin.

Masuk bulan ketiga, Nydin terpaksa hentikan operasi sebab dah tahap rugi tak mampu bayar gaji pekerja.

Resultnya,

Kedai runcit bungkus, gerai tepi jalan bungkus, Nydin bungkus.

Pekerja di ketiga-tiga perniagaan kedai runcit, gerai dan Nydin kini semua menganggur.

Kerajaan?

Kerajaan pula tak dapat hasil cukai, malah terpaksa tambah dana bantuan rakyat dan kini terpaksa hadap masalah pengganguran pula.

Begitulah kisahnya Nydin yang menasihati kerajaan.

Sekian certot.


Satira ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.